Terma & Syarat Program Affiliate MUAB Solutions

Kami menjalankan perniagaan yang beretika. Sebarang bentuk penipuan dan penyalahgunaan maklumat untuk kepentingan peribadi akan di dakwa.

Klik gambar untuk tonton video promo

Terma & Syarat Affiliate

Sebelum mendaftar sebagai affiliate, sila baca dan fahamkan Terma & Syarat ini. Ia penting bagi melindungi hak anda dan juga demi menjaga kepentingan kami di MUAB Solutions melalui laman web rasmi kami themuab.com.

1. Perjanjian Affiliate

Dengan mendaftar sebagai affiliate, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami terma dan syarat perjanjian ini. Anda juga bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk mematuhi setiap terma dan syarat dalam perjanjian ini.

2. Tanggungjawab Affiliate

Bagi memulakan proses pendaftaran, anda boleh memohon secara online melalui borang pendaftaran affiliate melalui https://muabsolutions.ordersini.com/register. Permohonan anda akan diluluskan secara automatik oleh sistem.

Sebagai affiliate, anda bertanggungjawab untuk:

  • Membuat promosi secara berhemah dah tidak menyalahi undang-undang
  • Tidak melakukan penipuan bagi mendapatkan jualan
  • Tidak mempromosikan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang
  • Tidak memutarbelitkan maklumat berkenaan sebarang promosi dan tawaran TheMUAB.com
  • Tidak menggunakan hakcipta, cap dagangan, dan harta intelek individu atau organisasi lain

Affiliate bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua terma dan syarat harta intelek dan undang-undang lain yang berkaitan dengan laman web sendiri.

Kami tidak akan bertanggungjawab jika anda menggunakan bahan hakcipta orang lain atau harta intelek lain yang melanggar undang-undang atau mana-mana hak pihak ketiga.

3. Hak dan Tanggungjawab TheMUAB.com

TheMUAB.com berhak untuk menamatkan keahlian dan penyertaan affiliate dalam Program Affiliate TheMUAB.com serta-merta dan tanpa notis sekiranya anda didapati melakukan penipuan dalam penggunaan Program Affiliate TheMUAB.com, atau jika anda menyalahgunakan program untuk apa juga tujuan.

Jika penipuan dikesan, kami tidak bertanggungjawab ke atas pembatalan bayaran sebarang komisyen yang dikumpul daripada penipuan tersebut.

Terma dan syarat ini bermula apabila kami menerima permohonan Affiliate anda, dan akan terus digunakan melainkan jika keahlian anda ditamatkan.

4. Penamatan

Penamatan boleh dilakukan sama ada dari pihak kami atau pihak anda pada BILA-BILA MASA, dengan atau tanpa memberikan notis bertulis. Notis bertulis boleh diberi dalam bentuk emel, mel atau faks. Di samping itu, keahlian boleh ditamatkan dengan serta merta tanpa sebarang notis jika affiliate melanggar terma dan syarat program ini.

5. Pengubahsuaian

Kami berhak mengubah mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara. Dalam keadaan sedemikian, anda akan dimaklumkan melalui emel. Pengubahsuaian mungkin termasuk perubahan dalam prosedur pembayaran dan peraturan Program Affiliate TheMUAB.com dari semasa ke semasa.

Penyertaan anda selepas pemakluman notis perubahan terma dan syarat atau perjanjian baru dalam Program Affiliate TheMUAB.com menandakan persetujuan anda kepada perubahan tersebut.

6. Pembayaran Komisyen

Pembayaran komisyen kepada affiliate hanya sah sekiranya affiliate berjaya mendapatkan jualan untuk setiap produk yang di promosikan.

Pembayaran komisyen akan di lakukan selama sebulan sekali pada minggu pertama bulan seterusnya.

Namun, pembayaran komisyen untuk sesuatu promosi atau tawaran akan di maklumkan kepada Ejen Affiliate dari semasa ke semasa.

Last updated on 1/12/2020.