Saya telah berjumpa dengan ratusan usahawan dan ini yang saya boleh bantu untuk memudahkan proses menguruskan akaun bisnes mereka
Pengasas
Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Malaysia Terengganu (dulu di kenali sebagai KUSTEM) pada tahun 2008.
Minat beliau yang mendalam terhadap perakaunan sejak daripada sekolah menengah lagi telah memberikan beliau inspirasi menghasilkan satu sistem akaun yang mudah berasaskan excel sejak tahun 2012.
Pada ketika itu, sistem yang di bangunkan hanya untuk kegunaan peribadi sebelum di komersialkan sepenuhnya bermula pada tahun 2016 sehingga kini.
Idea untuk menghasilkan sistem ini terhasil apabila beliau melihat ramai usahawan yang menghadapi masalah untuk menguruskan sendiri akaun bisnes atas faktor pengetahuan akaun yang terhad.
Atas dasar itu, bermula daripada tahun 2016, beliau telah menghasilkan beberapa sistem akaun yang di bangunkan khas untuk usahawan yang tidak atau kurang mempunyai pengetahuan kemahiran akaun di mana semua sistem akaun yang di hasilkan tidak menggunakan konsep debit kredit atau double entry seperti kebanyakan sistem akaun yang berada di pasaran.
Selain daripada menghasilkan Sistem Akaun yang memfokuskan kepada 'Non-Accounting Person' beliau juga pernah di jemput secara langsung dan tidak langsung oleh Agensi kerajaan seperti AIM, Mara, Politeknik, Jabatan Agama Islam Perak dan beberapa persatuan lain untuk mengendalikan bengkel berkenaan pengurusan akaun bisnes.
Malah atas beberapa permintaan, beliau juga pernah dan aktif mengendalikan kelas-kelas berskala kecil kepada pemilik bisnes untuk berkongsi cara yang betul menguruska akaun bisnes walaupun tanpa sebarang pengetahuan akaun bisnes. Jika anda berminat untuk menjemput beliau sebagai tenaga pengajar atau penceramah jemputan untuk sebarang kelas/bengkel/seminar boleh hubungi kami melalui halaman HUBUNGI KAMI.
GALERI
Ketika mejadi penceramah di bengkel pengurusan akaun bisnes untuk usahawan asnaf anjuran Majlis Agama Islam Perak
Menganjurkan kelas pengurusan perakaunan untuk usahawan kecil dan sederhana.
Menganjurkan kelas simulasi pengurusan perakaunan bertempat di PUNB Biz Point Shah Alam.
Bersama peserta kelas pengurusan akaun bisnes yang di anjurkan