Semuanya Bermula Dengan Langkah Pertama

Apa yang kami capai hari ini bukan di buat sekelip mata. Seperti bayi yang baru belajar, kami terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan. Inilah kisah kami...

Klik gambar untuk tonton video promo

2016

Paparan Utama Sistem Akaun LITE

Pada pertengahan tahun 2016, kami bermula dengan sistem akaun yang paling asas, yang di kenali sebagai Sistem Akaun LITE. Ia bermula dengan hanya sebuah sistem yang dapat menghasilkan Laporan Aliran Tunai serta jumlah perbelanjaan dengan tepat.

Dengan kebanyakan fungsi belum di wujudkan, sistem ini masih dapat membantu pengguna memantau aliran tunai bisnes dengan lebih berkesan serta mengetahui perbelanjaan bisnes secara terperinci dan berkategori.

2016

Beberapa bulan selepas itu, kami mula menambah sedikit fungsi serta laporan yang dapat di hasilkan untuk di gunakan lebih ramai segmen pengguna.

Pada masa ini, Sistem Akaun PRO yang menggantikan sistem terdahulu boleh menghasilkan Laporan Lengkap Kewangan yang mengandungi Laporan Aliran Tunai, Laporan Untung Rugi & Laporan Kunci KIra-Kira.


Paparan Utama Sistem Akaun PRO

2016/17

Pada akhir tahun 2016 juga, kami turut memperkenalkan Sistem Akan MUAB v1 buat kali pertama dengan perubahan drastik pada paparan serta fungsi baru yang di masukkan untuk merekod transaksi kredit seperti jualan dan belian secara kredit.

Boleh di katakan Sistem Akaun MUAB v1 adalah permulaan kepada versi perekodan lengkap kerana mempunyai hampir keseluruhan transaksi perakaunan bisnes.


2017 - 2020

Pada penggal pertama 2017, Sistem Akaun MUAB sekali lagi telah membuat beberapa perubahan drastik terutamanya appearance dan cara merekod yang jauh lebih mudah.

Melalui paparan terbaru ini, pengguna kini boleh terus melihat maklumat kewangan penting bisnes tanpa perlu melihat laporan. Dengan adanya maklumat ini, pengguna akan terus dapat mengetahui prestasi dan kedudukan kewangan terkini secara masa-nyata(real-time).

Di dalam tempoh ini juga terdapat beberapa versi penambaikkan di lakukan di mana yang terkini adalah versi 2.2.

2021

Terkini, iaitu pada akhir bulan 3 tahun 2021, kami sekali lagi telah mengemaskini Sistem Akaun MUAB dari versi terdahulu di mana terdapat perubahan besar telah di lakukan untuk memastikan Pemilik Bisnes mendapat manfaat semaksimum yang mungkin.

Antara fungsi utama di dalam versi 2.7 adalah kebolehan untuk menambah akaun bank/tunai tanpa had, menambah bilangan item secara automatik, pengiraan pembayaran zakat, penutupan/pembukaan akaun untuk tempoh seterusnya dengan hanya satu klik dan lain-lain.

DAPATKAN  SISTEM AKAUN MUAB V2.7 SEKARANG

Sistem Akaun MUAB 2023!

Terima kasih kerana berminat untuk mendapatkan Sistem Akaun MUAB. Kami akan melancarkan Sistem Akaun MUAB versi baru tidak lama lagi. Sertai waiting list kami untuk mendaptkan notifikasi apabila ia di lancarkan!